Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Jadikan Amanah Pegangan Hidup


Oleh : SPA BKP ICUJPM | Tarikh : 16/12/2016

Majlis Perhimpunan ICU JPM Bil. 5 bagi tahun 2016 telah diadakan pada 14 Disember 2016 di Dewan Taklimat Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Majlis dimulakan dengan berselawat serta bacaan beberapa potong ayat beserta terjemahan dari surah Al Ahzab bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pada setiap 12 Rabiulawwal. Tema AMANAH dipilih pada perhimpunan kali ini adalah bertepatan sekali dengan sikap dan sifat Rasullullah yang wajar diteladani dan diamalkan..