Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Fokuskan Tahun 2017 Sebagai Tahun Penyampaian Perkhidmatan Awam


Oleh : SPA BKP ICUJPM | Tarikh : 09/01/2017

PUTRAJAYA, 9 Januari 2017 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perkhidmatan awam memfokuskan 2017 sebagai tahun penyampaian untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Beliau berkata warga perkhidmatan awam mesti melaksanakan projek, program, perkhidmatan dan langkah-langkah yang telah dirancang dan ditentukan untuk rakyat dan negara.

Beliau berharap semua anggota perkhidmatan awam ketika memberi fokus kepada penyampaian bukan hanya dari segi fizikal, tetapi penyampaian dari segi nilai kepada rakyat. Perkhidmatan yang disediakan untuk rakyat perlu mengikut jadual, dan sekiranya ia lambat atau ada kekangan, halangan, masalah atau koordinasi, ia perlu diselesaikan dengan segera.