Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Kejohanan Bowling Antara Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri dan Pejabat Daerah Negeri Sembilan


Oleh : Biro Sukan | Tarikh : 03/03/2017

17 Februari 2017 - Satu kejohanan bowling antara Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri bersama Pejabat Daerah di Negeri Sembilan telah dianjurkan denga jayanya. Kejohanan ini melibatkan semua Pejabat Daerah di Negeri Sembilan bertempat di Mydin Seremban 2.

Kejohanan ini adalah salah satu dari inisiatif bersama Pejabat Daerah dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri untuk memupuk semangat bersukan dikalangan ahli disamping secara tidak langsung melahirkan ukhuwah yang lebih erat dikalangan peserta.