Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Ikrar Bebas Rasuah warga PPPN


Oleh : Seksyen Pengurusan | Tarikh : 27/03/2017

20 Mac 2017 - Ikrar Bebas Rasuah membuktikan bahawa warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan komited dan berjanji untuk tidak menyalahgunakan kuasa dan terlibat dalam rasuah.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah ini dipimpin oleh Tuan Hj Ali bin Hj Luman, Pegawai Kemajuan Negeri sambil disaksikan oleh Pegawai-pegawai SPRM. Semua pegawai dan kakitangan telah bersama-sama melafazkan ikrar tersebut dalam usaha untuk membenci dan menolak budaya rasuah.