Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Warga ICU Perlu Peka


Oleh : SPA BKP ICUJPM | Tarikh : 09/10/2017

Warga ICU diseru supaya lebih peka semasa menjalankan tugasan rasmi. Mereka perlu peka dengan situasi sekeliling bagi mengelak daripada terjebak dengan salah laku seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ketua Pengarah ICU JPM Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof berkata demikian dalam ucapannya semasa Perhimpunan Bulanan ICU JPM yang diadakan pada 24 Ogos 2017 di Putrajaya.

Beliau berkata, menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah merupakan cabaran utama penjawat awam masa kini. Keseriusan kerajaan dalam meningkatkan integriti dan mengekang jenayah rasuah dalam kalangan pegawai awam jelas menerusi pelaksanaan pelbagai dasar dan program yang diperkenalkan sejak berdekad lalu. Walaupun kelihatan kecil namun jika tidak dibendung ia mampu meruntuhkan negara.