Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

6,000 Sambut TPM, Meriahkan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat


Oleh : Seksyen Khas | Tarikh : 14/03/2018

PAROI, 13 MAC - Kira-kira 6,000 penduduk Taman Satria dan sekitarnya hadir memeriahkan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Awam Taman Satria, hari ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Kehadiran beliau disambut Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Seremban beliau telah meluluskan permohonan peruntukan bagi membina Dewan Mini Serbaguna di Taman Satria, Paroi; membaik pulih tebing runtuh serta kerja berkaitan di Kampung Sentosa Jaya, Seremban dan menaik taraf jambatan di kawasan perindustrian Kuala Sawah, Rantau.