Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen P133 Tampin


Oleh : Seksyen Pemantauan & Penilaian | Tarikh : 06/04/2018

TAMPIN 27 MAC - Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Tampin diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Majlis ini berlangsung di Dataran Kampung Tengah Gemencheh, Tampin dan disambut meriah oleh kehadiran seramai 7,000 penduduk Tampin.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan kelulusan pembinaan Kompleks Sukan Gemencheh dengan kos sebanyak RM5 juta dan menggantikan jambatan gantung yang mengalami kerosakan dengan jambatan baharu di Gemas bernilai RM3.5 juta.