Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Majlis Persaraan Ybhg Dato' Haji Ali Bin Haji Luman


Oleh : Seksyen Pengurusan | Tarikh : 08/05/2019

3 Mei (Jumaat) - Majlis Sekalung Kasih Setulus Budi YBhg Dato' Ali Bin Haji Luman, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sembilan telah diadakan pada 3 Mei 2019 bertempat di Klana Resort, Seremban Negeri Sembilan. Majlis ini juga dihadiri oleh isteri beliau iaitu Datin Hajah Hazimah Binti Haji Hasan dan seluruh warga kerja PPPNS bagi memeriahkan majlis sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan oleh Ybhg Dato.

Majlis persaraan ini dimulai dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Encik Ramizi Bin Umar, upacara memotong kek dan penyampaian cenderahati kepada Ybhg Dato. Selain itu, persembahan montaj oleh Seksyen ICT juga diadakan dengan memaparkan kenangan-kenangan Ybhg Dato bersama barisan kepimpinan dan warga kerja ditempat beliau bertugas sepanjang menjadi penjawat awam.