Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Sesi Latihan bagi Sistem Perbankan Internet, iBiz Bank Muamalat


Oleh : Seksyen Teknologi Maklumat | Tarikh : 24/07/2019

22 Julai (Isnin) - Satu sesi latihan Sistem Perbankan Internet iaitu iBiz Bank Muamalat telah di adakan di Bilik Mesyuarat PPNNS. Sesi latihan ini telah disampaikan oleh Encik Khalif Bin Yakob dari Jabatan IT (Bank Muamalat Kuala Lumpur). Latihan ini telah dihadiri oleh YBrs Tuan Haji Rahman Bin Mohd Din, Pengarah Pembangunan Negeri, Encik Zamrud Bin Yahya, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri, Encik Mohd Fadzly Bin Shaharudin, Ketua Sekyen Khas, penolong-penolong pengarah dan pembantu tadbir dari Seksyen Khas, PPNNS. Manakala wakil daripada Bank Muamalat Negeri Sembilan ialah Encik Khairul Ikhwan Hassan Basri (Branch Manager Seremban) dan Encik Mohd Zailani Mohamad Nor.

Sistem iBiz Muamalat memudahkan proses pembayaran atas talian dan akan digunakan sepenuhnya oleh pejabat ini. Pejabat ini mengambil keperluan arahan kerajaan supaya sistem penyampaian perkhidmtan dapat dipertingkatkan di persada global.

Sesi latihan tamat pada jam 1.00 petang.