Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Perhimpunan bersama warga kerja PPNNS Bil 3/2019


Oleh : Seksyen Teknologi Maklumat | Tarikh : 24/07/2019

25 Julai - Perhimpunan bersama warga PPNNS telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri, Negeri Sembilan pada jam 9.00 pagi dan telah dihadiri oleh semua kakitangan pejabat. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Ramizi Bin Umar, nyanyian lagu Negaraku dan ucapan YBrs. Tuan Haji Rahman Bin Mohd Din, Pengarah Pembangunan Negeri. Penyampaian ucapan oleh YBrs Tuan Haji Rahman telah menyentuh isu-isu peraturan pekerja, sifat amanah, telus & tepat. Selain itu, kakitangan dinasihatkan untuk sentiasa menjaga tingkah laku di tempat awam. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian taklimat bertajuk Waktu Bekerja Fleksibel yang disampaikan oleh Seksyen Pengurusan sebagai peraturan yang akan berkuat kuasa. Pengisian ilmu turut disertakan dengan menjemput Al Fadil Ustaz Mohamad Faizal Bin Kamis dari IPG Bandar Baru Bangi bertajuk "Pengertian Korban dan Kemerdekaan Dalam Aspek Kehidupan Seharian".

Majlis juga turut meraikan Majlis Sambutan Hari Lahir Warga Kerja PPNNS yang lahir pada Bulan April hingga Jun.

Majlis selesai pada jam 1.00 petang.