Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNG) Bil 8/2019


Oleh : Seksyen Teknologi Maklumat | Tarikh : 08/08/2019

8 Ogos - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNG) Bil 8/2019 telah diadakan pada 8 Ogos 2019 (Khamis) pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Negeri Sembilan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan Mohd Khidir Bin Majid, selaku Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan. Mesyuarat kali ini telah membincangkan Status Pelaksanaan Projek/Program di bawah Kementerian/ Negeri disamping memberikan penekanan terhadap isu-isu berkaitan kemiskinan, kesihatan, dadah, jenayah dan sebagainya. Keprihatinan pemimpin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat juga dibincang dan diteliti. Semua ahli mesyuarat juga turut menyumbangkan idea-idea yang boleh difikirkan bersama demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Laporan belanjawan juga dilaporkan di dalam mesyuarat ini supaya pemantauan terhadap status kewangan semasa dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Mesyuarat selesai pada jam 12.00 tengahari.