Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 Peringkat Negeri Sembilan


Oleh : Seksyen Pengurusan | Tarikh : 10/09/2019

31 Ogos - Sebanyak 104 kontinjen merangkumi 5,000 peserta telah menyertai perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 peringkat negeri Sembilan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 31 Ogos 2019. Perbarisan terdiri daripada pelbagai jabatan/ agensi kerajaan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah, institut pengajian tinggi dan syarikat-syarikat swasta.

Antara persembahan yang turut diadakan selari dengan tema “Sayangi Malaysiaku:Malaysia Bersih” adalah teknik gempur, persembahan silat, bacaan puisi serta persembahan daripada Datuk Jalaluddin Hassan dan Esma Daniel. Pejabat Pembangunan Negeri Negeri Sembilan telah menghantar 1 kontijen yang terdiri daripada 45 orang. Semua barisan kontijen telah mula berkumpul seawal 6.30 pagi di Padang MPS.

Perbarisan bagi Sambutan Hari Kebangsaan ini telah selesai pada jam 11.00 pagi. Tahniah kepada semua yang terlibat dan yang memberi sokongan di dalam acara ini.

“SAYANGI MALAYSIAKU”