Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Penampilan Baru Laman Web PPPNS


Oleh : Seksyen Teknologi Maklumat | Tarikh : 08/01/2010

Laman web PPPNNS kini melakukan proses penambahbaikan. Penambahbaikan ini adalah bertujuan untuk menaiktarafkan Imej Lawan Web Jabatan dan juga sejajar dengan kehendak Bahagian Teknologi Maklumat ICU JPM supaya laman web jabatan mengikuti piawaian W3C.

Laman Web berwajah baru ini mula dibangunkan pada awal tahun 2010. Ianya mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Template yang menyokong pelbagai jenis pelayar. Jadi anda boleh melayari laman web kami dengan menggunakan apa-apa jua jenis pelayar
  • Disokong oleh pangkalan data yang bertujuan untuk menyimpan data atau artikel. Fungsi ini juga memudahkan pihak jawatan kuasa laman web untuk mengemas kini web tanpa perlu melihat pada kod-kod aturcara
  • Cepat dan kemas. Kami Jawatan Kuasa Laman Web, lebih fokus kepada laman web yang pantas dan juga kemas.

Laman Web ini dibangunkan secara in-house oleh Seksyen Teknologi Maklumat ICU Negeri Sembilan.