Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.

Perlawanan Bola Tampar Pantai Bersama Pejabat Daerah


Oleh : Kelab Sukan | Tarikh : 27/04/2011

23 April 2011- Satu perlawanan bola tampar pantai bersama dengan semua pejabat daerah negeri sembilan telah pun berlangsung dengan jayanya. Perlawanan yang disertai oleh 17 pasukan terdiri daripada 9 pasukan kategori lelaki dan juga 8 pasukan kategori wanita diadakan di Pantai Bagan Pinang Batu 3, Port Dickson. Kejohanan ini juga telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat YBhg. Pegawai Kemajuan Negeri, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri, Pegawai Daerah Port Dickson, Pegawai Daerah Seremban dan Pegawai Daerah Kuala Pilah.

Pemenang bagi pertandingan tersebut adalah seperti berikut :-

Kategori Wanita
Johan: Pejabat Daerah Kuala Pilah
Naib Johan: Pejabat Daerah Rembau
Ketiga: Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri & Pejabat Daerah Tampin


Kategori Lelaki
Johan: Pejabat Daerah Seremban
Naib Johan: Pejabat Daerah Tampin
Ketiga: Pejabat Daerah Port Dickson & Pejabat Daerah Kuala Pilah


Sila layari album untuk melihat gambar aktiviti.