Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.

Perlawanan Bowling Antara UPEN dengan PPPNS


Oleh : Kelab Sukan | Tarikh : 31/05/2011

12 Mei 2011-Perlawanan Persahabatan bowling antara Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri telahpun berlangsung dengan jayanya. Objektif utama perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama antara jabatan di samping memupuk budaya hidup sihat. Perlawanan yang diadakan di Ampang Bowl, Seremban Parade ini telah dirasmikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Dato' Haji Tahar Bin Sudin. Di samping itu Pegawai Kemajuan Negeri Dato' Hj. Mohd Bahrudin Bin Mahfuz turut hadir memeriahkan perlawanan persahabatan ini. Pemenang bagi kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki
1. En. Mohd Azimin Che Wil - PPN (544)
2. Mohd Zaffarin - UPEN (457)
3. Mohd Fairuz Hj. Ludin - UPEN (430)


Kategori Wanita
1. Rozita Zakaria - UPEN (430)
2. Julaina Kassim - UPEN (364)
3. Kelesom Ujang - PPN (360)


Sila layari album untuk melihat gambar aktiviti.