Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.

Lawatan ke Showcase SDSI


Oleh : Seksyen Pemantauan | Tarikh : 08/06/2011

Dalam usaha untuk mempertingkatkan promosi produk-produk kecil dan sederhana di Negeri Sembilan showcase Satu Daerah Satu Industri peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 31 Mei hingga 5 Jun 2011 bertempat di AEON JUSCO, Seremban 2.

ICU JPM telah mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal SDSI Peringkat Kementerian/Agensi Bil.2/2011 yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Strategik ICU JPM Ybhg. Dato' Ab. Ghani Bin Ariffin pada 1 Jun 2011 (Rabu) sempena mesyuarat itu Ybhg. Dato' Ab. Ghani telah membuat lawatan ke BOOTH Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) bersama Pegawai Kemajuan Negeri (Dato' Hj. Bahrudin Bin Mahfuz), Timbalan Pegawai kemajuan Negeri(Pn. Norbaya Bt. Jantan), Ketua Pen. Pengarah (En. Mohd. Syaifulrizal Bin Abu Bakar) serta Penolong-penolong Pengarah Seksyen Pemantauan & Penilaian dan Seksyen Pengurusan & Kewangan.

Sila layari album untuk melihat gambar aktiviti.