Please note that the use of Google Translator may lead to inaccurate interpretation.
 

Perolehan Kenderaan Van Jenazah Kepada Masjid Kariah Dato' Lela Maharaja Dato' Hj. Muhamad Sharip, Sepri, Rembau, Negeri Sembilan


Oleh : Sekyen Khas | Tarikh : 02/07/2012

28 Jun 2012 (Khamis) - Majlis penyerahan van jenazah kepada Masjid Kariah Dato' Lela Maharaja Dato' Hj. Muhamad Sharip telah disempurnakan oleh Y.T.M. Dato' Lela Maharaja Dato' Hj. Muhamad Sharip bin Hj. Othman, Undang Luak Rembau. Majlis ini diadakan bersempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj serta Penyampaian Bantuan Asnaf Fakir Miskin Daerah Rembau. Antara tetamu kehormat yang lain ialah Y.B. Dato' Dr. Hj. Awaludin bin Hj. Said, ADUN Kawasan Kota, Y.B. Tuan Zaiful Bahri bin Hj. Idris, ADUN Kawasan Chembong, Tuan Muhamad Rawi bin Baharom, Pegawai Daerah Rembau, Tuan Kamal Amran bin Kamarudin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Y.Bhg. Dato' Hj. Mohd Bahrudin bin Mahfuz, Pegawai Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan dan penduduk setempat. Seramai 500 orang telah menghadiri majlis ini..

[BACA LAGI]