Perutusan Pengarah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke
Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan.
Laman web merupakan salah satu medium penting yang menjadi perantara untuk pelanggan berhubung dengan jabatan kerajaan.
Ini memudahkan orang awam mahupun agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat tidak kira masa dan juga tempat.
Secara ringkas, jabatan ini berperanan memantau projek-projek persekutuan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT),
Projek Khas, dan juga menyelaras program pembasmian kemiskinan.
Perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan berintegriti berdasarkan Piagam Pelanggan ICU JPM selaras dengan
slogan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" menjadikan laman web ini saluran yang terbaik
untuk mencapai objektif tersebut.
Kepada tuan/puan yang berurusan dengan pejabat ini, laman web ini turut menyediakan
direktori pegawai dan borang maklumbalas dalam talian untuk membolehkan pihak tuan/puan berhubung dengan pihak kami.
Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang maklumbalas/komen/cadangan daripada pihak
tuan/puan sekiranya ada bagi meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan ini.
Dengan ini, saya berharap agar pihak tuan/puan dapat memanfaatkan segala kemudahan dan maklumat
dari laman web ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan "Selamat melayari
Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan".
Sekian terima kasih.
PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
INFO LAMAN |
PAUTAN BERGUNA |
Bilangan Kunjungan:
Kemaskini Terakhir:
Sebarang cadangan, sila hubungi Pegawai Teknologi Maklumat
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Paparan Terbaik : 1024 x 768
[IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari]