Piagam Pelanggan Negeri

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sembilan akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, dan berintegriti melalui amalan urus tadbir yang terbaik dengan berkesan berasaskan piagam pelanggan seperti berikut:
PERKHIDMATAN TERAS UTAMA
- Mengeluarkan Laporan Prestasi pelaksanaan Projek RMLT mengikut permintaan dalam masa 3 hari.
- Menyiapkan laporan penilaian outcome program/projek dalam masa 3 bulan setelah terma rujukan dipersetujui.
- Memberi keputusan Permohonan Projek yang dikemukakan melalui e-Khas dalam tempoh 3 hari.
- Menjana senarai orang miskin/miskin tegar daripada e-Kasih dalam tempoh 2 hari selepas permohonan diterima.
PERKHIDMATAN SOKONGAN
- Memastikan ketersediaan sistem yang dibangunkan pada tahap minima 90% pada setiap masa.
- Memberi maklum balas pertama kepada pertanyaan/aduan awam dalam tempoh tidak melebihi 3 hari.