Artikel / Aktiviti PPPNNS

Utama

Majlis Khatam Al-Quran

Tarikh: 11/06/2018 Oleh: Biro Agama

8 JUN - Sepanjang bulan ramadhan, aktiviti tadarus Al-Quran tetap diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah, pejabat ini telah diberikan kesempatan untuk mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini.

Majlis Khatam Al-Quran ini dipimpin oleh Encik Ramizi Bin Umar, Penolong Pengarah Seksyen Pembasmian Kemiskinan. Turut sama menjayakan majlis ini ialah YBhg. Dato' Haji Ali bin Haji Luman selaku Pegawai Kemajuan Negeri dan Ybrs Tuan Rahman Bin Mohd Din, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri.

Mengenai program tadarus; Setiap kakitangan akan meluangkan masa selama satu jam di awal pagi untuk melancarkan program tadarus tersebut setiap hari bermula pada awal Ramadhan. Kakitangan yang mempunyai tugasan luar ataupun urusan rasmi yang perlu diselesaikan tetap diberikan prioriti sebagai perkara utama dalam perkhidmatan pejabat ini.

Perasmian UTC Negeri Sembilan

Tarikh: 30/12/2017 Oleh: Seksyen Pemantauan

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak merasmikan Pusat Tansformasi Bandar (UTC) yang pertama di Negeri Sembilan yang terletak di Bandar Baru Ampangan pada 30 November lalu.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Awaludin Said.

Sebanyak 18 agensi kerajaan dan swasta di tempatkan di tiga tingkat Bangunan Angsana yang antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Warga ICU Perlu Peka

Tarikh: 09/10/2017 Oleh: SPA BKP ICUJPM

Warga ICU diseru supaya lebih peka semasa menjalankan tugasan rasmi. Mereka perlu peka dengan situasi sekeliling bagi mengelak daripada terjebak dengan salah laku seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ketua Pengarah ICU JPM Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof berkata demikian dalam ucapannya semasa Perhimpunan Bulanan ICU JPM yang diadakan pada 24 Ogos 2017 di Putrajaya.

Beliau berkata, menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah merupakan cabaran utama penjawat awam masa kini. Keseriusan kerajaan dalam meningkatkan integriti dan mengekang jenayah rasuah dalam kalangan pegawai awam jelas menerusi pelaksanaan pelbagai dasar dan program yang diperkenalkan sejak berdekad lalu. Walaupun kelihatan kecil namun jika tidak dibendung ia mampu meruntuhkan negara.

Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2017

Tarikh: 05/09/2017 Oleh: Seksyen Pengurusan

Pada 24 Ogos 2017, satu perhimpunan bulanan di antara warga kerja PPPNNS telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri.

Dalam perhimpunan tersebut, Pegawai Kemajuan Negeri telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua Pegawai dan Kakitangan. Dalam amanatnya, beliau menegaskan betapa pentingnya untuk menjaga integriti dalam melaksanakan tugasan harian dan sentiasa memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja-kerja yang dijalankan.

Program Baik Pulih Rumah Secara Gotong Royong

Tarikh: 29/07/2017 Oleh: Seksyen Khas

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Daerah Port Dickson dan JKKK Kg. Sg. Sekawang telah mengadakan Program Baik Pulih Rumah Secara Gotong Royong di kediaman Rogayah Binti Pandak.

Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi melibatkan seramai 13 kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan yang diketuai oleh En. Kamal Fauzi bin Ahmad.