Alamat PPPNNS

Utama

ICU JPM akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, dan berintegriti melalui amalan urus tadbir yang terbaik dengan berkesan berasaskan piagam pelanggan seperti berikut:

PERKHIDMATAN TERAS UTAMA

  1. Mengeluarkan Laporan Prestasi pelaksanaan Projek RMLT mengikut permintaan dalam masa 3 hari.
  2. Menyiapkan laporan penilaian outcome program/projek dalam masa 3 bulan setelah terma rujukan dipersetujui.
  3. Memberi maklum balas kepada permohonan runding cara dalam penilaian outcome program/projek kepada agensi-agensi dalam tempoh 3 hari daripada permohonan diterima.
  4. Memberi khidmat nasihat, rundingan dan sokongan teknikal terhadap perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek dalam tempoh 3 hari selepas menerima permohonan.
  5. Memberi keputusan Permohonan Projek yang dikemukakan melalui e-Khas dalam tempoh 3 hari.
  6. Memberi maklum balas penerimaan Permohonan Projek Khas dalam tempoh tidak melebihi 7 hari
  7. Menjana senarai orang miskin/miskin tegar daripada e-Kasih dalam tempoh 2 hari selepas permohonan diterima.

PERKHIDMATAN SOKONGAN

  1. Memberi maklum balas kepada permohonan mengadakan latihan SPP II dalam masa 3 hari daripada tarikh permohonan diterima.
  2. Memastikan ketersediaan sistem dan rangkaian pada tahap minima 90% pada setiap masa.
  3. Memberi maklum balas pertama kepada Permohonan Perkhidmatan/Aduan ICT yang diterima melalui Call-Centre (MedICT) dalam masa 1 hari.
  4. Memberi maklum balas pertama kepada Pertanyaan/Aduan Awam dalam tempoh tidak melebihi 3 hari.